Internet bahaya untuk anda!

Akhir-akhir ini, dunia internet amnya dan laman-laman blog khususnya sering dipersalahkan kerana menyebabkan parti pemerintah BN mengalami kekalahan mengejutkan (kurang dua pertiga) dalam pilihan raya ke 12. Dari perdana menteri ke menteri penerangan ke menteri-menteri utama ke mereka yang ‘tidak utama’ tetapi menganggap diri mereka maha penting dalam organisasi politik Malaysia, menyalahkan media alternatif ini kerana telah memburukkan kerajaan. ‘Fitnah-fitnah’ di dalam internet/blog yang dihamburkan oleh pembangkang inilah yang telah membolehkan parti-parti seperti PKR, PAS dan DAP menang besar.
Kata mereka ini adalah kurang adil. Kerajaan CUMA ada media massa arus perdana (dibaca: televisyen dengan rancangan memualkan, surat khabar-surat khabar dengan berita yang berat sebelah! Radio lagi! Dan entah apa-apa lagi!) SAHAJA tetapi pihak pembangkang ada media internet untuk menyerang mereka. Sungguh tidak adil cara pembangkang ini! Suruh berat sebelah!
Lalu disarankan oleh komiti tertinggi pemerintah bahawa perkara ini harus dikekang. Blog-blog pembangkang yang beribu di luar sana harus diserang dengan pendekatan blog juga. Wakil rakyat dari pihak pemerintah harus membuat blog mereka supaya pelayar-pelayar internet yang buta ini dapat disedarkan dari ‘kejahatan’ blog-blog pembangkang tadi. Malah menteri penerangan juga telah memberi amaran agar blog-blog pembangkang tidak lagi menulis sesuatu yang tidak betul. Atau mereka akan menerima akibat yang teruk nanti.
Entahlah. Aku tidak tahu mahu tergelak berguling-berguling atau menangis dengan seribu sendu. Bukan apa. Mereka yang memberikan kenyataan-kenyataan ini bukanlah orang kampung yang duduk jauh di pedalaman sana. Yang tidak tahu apa itu internet. Bukan juga manusia dungu. Mereka adalah orang terpelajar. Punya ijazah dari luar negeri. Tetapi tidak tahulah aku jika ijazah-ijazah ini adalah ijazah-ijazah yang dibeli. Kerana jika ini betul, tidak hairanlah jika mereka berfikiran sebegitu primitif!
Memang internet adalah fenomena yang semakin berkembang di Malaysia ini. Tidak disangkal lagi. Tetapi untuk meletakkan dan membuat perbandingan dengan media arus perdana adalah terlalu dangkal sama sekali. Dibandingkan dengan media arus perdana, hanya sejumlah kecil rakyat Malaysia yang menggunakan internet.
BACA INI: media arus perdana memang lebih baik dari media internet untuk menyuarakan pandangan dan mengiklankan polisi pemerintahan anda. Malah lebih berkesan lagi. Rakyat sudah tahu. Tetapi mereka juga sudah muak dan tidak menerima anda lagi.
JADI BAGAI MANA?: Buat sesuatu untuk kepentingan rakyat bukan untuk sesetengah individu korup sahaja, kebajikan rakyat harus diutamakan, jangan cakap perkara-perkara yang bodoh, jangan terlalu bongkak dan beranggapan bahawa orang Malaysia seperti lembu yang dicucuk hidung, buat kerja yang diamanahkan ketika pengundi-pengundi memilih anda bukan membuat duit untuk diri sendiri.
Dan berapa banyak kah blog-blog pembangkang yang beribu-ribu itu? Maaflah, tidak banyak sebenarnya kecuali beberapa blog pembangkang seperti Jeff Ooi, Lim Kit Siang. Tony Pua, Teresa Kok dan beberapa lain. Tetapi ‘beberapa ribu’ blog yang disebut tadi sebenarnya adalah blog-blog dari rakyat. Suara rakyat. Mereka bukan membangkang tetapi sekadar menyuarakan ketidakadilan yang mereka nampak.
Perlu diingat, rakyat Malaysia sudah matang. Sudah progresif. Tahu bahawa kehidupan mereka bukan sekadar untuk menjadi pak turut sesetengah individu. Tetapi mahu kehidupan yang menjamin keadilan dan saksama di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Aku harap aku tidak disalahertikan. Aku bukan orang pembangkang. Aku bukan orang pemerintah. Aku cuma ‘orang rakyat’.
Mungkin sesetengahnya akan berkata bahawa aku ini lalang. Tidak ada pendirian. Sekejap ke sana dan sekejap ke sini.
Tidak mengapalah. Aku ini memang lalang. Lalang yang akan selalu beralih dan menunduk pada angin yang membawa kebenaran dan keadilan. TITIK!


4 Comments:
john,
sepertimana yang sering aku katakan, kerjaya seorang politikus tiada jauhnya dengan seorang penjual di kaki lima. semakin pandai dia menyakinkan pendengar yang menyinggah mendengar omongannya, maka lebih banyaklah dia mendapat keuntungan.
politikus itu sebenarnya sama sahaja, tanpa mengira fahaman, parti sokongan atau keturunan. mereka hanya pandai berkata-kata. dan juga pandai menguasai golongan yang ingin dipengaruhinya.
bila seorang politikus menulis blog, sebenarnya ia cuba melebarkan kata-katanya kepada golongan yang menghabiskan masa mereka di internet, dari membeli dan membaca akhbar arus perdana. kerana bukan sahaja lebih mudah menyampaikan mesej 'jualan' mereka, internet juga lebih mudah tersebar dan 'dipercayai'. aku mendengar cerita dari AS, obama juga menggunakan pendekatan yang sama dan hasilnya pengaruh yang diperolehinya membolehkan dia memberi cabaran hebat kepada saingan.
namun harus juga aku ingatkan, tidak semua yang disebarkan para polikitus ini harus ditelan bulat-bulat. konsep mereka sama juga sepertimana yang disampaikan dalam majlis-majlis dan perhimpunan yg sering mereka lakukan. mendengar atau membaca itu sama sahaja, maka berhati-hatilah dalam menerima apa sahaja yang disampaikan. jangan terlalu takjub dan jadi kealpaan kerana mungkin apa yang diceritakan di dalam blog politik sebegini, belum tentu lagi akan menjadi kenyataan.
p/s : aku teringat dengan manifesto politik ketika PRU13 yang lepas. aku tertarik dengan slogan 'negara kebajikan' yang dijanjikan dan sebagai wargakota kuala lumpur, aku telah dijanjikan akan dibebaskan dari kongkongan bayaran tol yang bersepah-sepah di bandaraya. dan mengikut perkiraanku juga, tol dari bukit kayu hitam ke kuala lumpur sudah seharusnya percuma memandangkan penguasaan parti pembangkang sudah memanjang dari kedah ke selangor. makanya aku ingin bertanya " bila lagi kamu mahu melunaskan janji-janji tersebut?"
Ada blog tapi tak dapat memanfaatkanya pun tak guna juga. Kalau mereka beria-ia sangat nak berperang thru blog tapi tak mampu menjawab persoalan/issue ditimbulkan, how ?
azeel,
Aku juga masih menunggu 'janji-janji' itu :) :)
cikliah,
Itulah kata orang yang cakap tak serupa bikin :)
hai john,
tertarik dengan isu ni...
hmmm.. pernah baca di akhbar kenyataan menteri pendidikan yg baru, tak ingat sangat intipati sepenuhnya tapi secara amnya dia menyalahkan pembangkang atas kewujudan blog...pembangkang menguasai blog... rasa macam nak tulis sahaja pada akhbar yg blog2 yang berlambak di dalam internet nu bukannya pembangkang punya... tetapi perisian umum yang diguna pakai oleh ramai orang zaman sekarang dan pembangkang cuma ambil peluang yang ada menggunkaan kemudahan ini.. macam tak percaya seorang menteri pendidikan boleh bercakap tanpa ilmu / sedikit kajian macam ini sekali... parti pemerintah lah yg bodoh tak guna kemudahan yg ada (tak mengikuti pekembangan semasa), lagipun bagaimanalah pembabangkang nak guna media utama bilamana TV, radio dan akhbar mahupun papan iklan di stesen LRT dikuasai oleh pemerintah tanpa sedikit ruang pun untuk pembangkang...
Post a Comment
<< Home