Tuesday, May 13, 2008

saya benci novel melayu


Rupa-rupanya, baru aku tahu kini. Masih ramai lagi orang Melayu di luar sana yang masih malu-malu untuk membaca novel Melayu. Biasanya mereka ini adalah golongan profesional atau golongan yang banyak terdedah dengan novel-novel luar negara (terutama bahasa Inggeris). Kata mereka, novel-novel Melayu tidak berkualiti dan penuh dengan cerita cinta stereotaip.

Aku kira, mereka mungkin betul. Ini kerana, kebanyakan novel-novel Melayu lebih banyak dikhususkan kepada pembaca-pembaca remaja (yang kebanyakannya perempuan). Mereka lebih gemar sesuatu yang santai dan tidak membebankan. Novel cinta tentang pasangan gaduh-gaduh, ibu bapa menentang tetapi akhirnya bersatu dan menemui bahagia selama-lamanya.

Tambahan pula, banyak buku-buku di luar sana yang majoritinya diterbitkan oleh penerbit-penerbit karya kreatif popular. Tidak hairanlah jika senario ini terjadi. Tetapi tidak ada sesiapa yang harus disalahkan. Pengeluaran berdasarkan permintaan, jika kalian tahu tentang prinsip ekonomi.

Tetapi aku benar-benar marah bila golongan cerdik pandai ini berterusan mengklasifikasikan SEMUA novel-novel Melayu dalam genre sebegitu sahaja. Seolah-olah penulis-penulis di Malaysia ini berotak lembu dan hanya tahu tentang cerita cinta Bollywood dan berfantasi dengan cinta Laila Majnun sahaja.

Ah! Bak kata orang putih, Sacrilege!!! Blasphemy!! Golongan-golongan ini sebenarnya sudah meludah ke langit dan memercikkan air liuk bacin ke muka mereka sendiri. Mereka seolah-olah mahu menolak sesuatu yang sepatutnya jadi akar identiti diri mereka. Memalukan sungguh.

Banyak buku-buku dan penulis-penulis era baru (di samping penulis-penulis lama seperti Pak Samad, Anwar Ridhwan – sekadar menyebut beberapa nama) yang menyumbangkan penulisan-penulisan yang setanding dengan buku-buku luar negara. Karya-karya Faisal Tehrani, Imaen, Khairyn Othman (sekali lagi, sekadar menyebut beberapa nama) sebagai contohnya memenuhi kriteria itu. Jadi sebenarnya tidak ada sebab untuk sesiapa mengatakan bahawa buku-buku di Malaysia ini masih lagi pada takuk lama. Salah, kawan. Buku-buku di Malaysia sudah bervariasi.

Kenapa aku marah-marah sangat ni?

Aku marah kerana jika masyarakat Malaysia sendiri tidak mahu menyokong penerbitan novel-novel Melayu, siapa lagi? Orang Afrika di Timbuktu? Atau Inuit di Antartika?

Dan lagi aku marah, kerana jika ini berterusan, maka yang akan laku cuma novel-novel remaja cinta yang santai sahaja (kerana disokong oleh pembaca-pembaca remaja perempuan). Dan kemudian, kerana tidak ada permintaan pada genre novel Melayu yang pelbagai, akhirnya semua penulis, sama ada akan 1) berhenti dari menulis 2) kembali menulis cerita-cerita yang mudah.

Aku pasti yang skrip bodoh ini akan berterusan sehingga kiamat; golongan-golongan cerdik pandai ini berhujah bahawa mereka tidak mahu membeli buku bahasa Melayu kerana tidak ada variasi dalam buku-buku Melayu di Malaysia.

Ingat, pengeluaran berdasarkan permintaan. Sudah lupa? Atau kau main-main di kelas ketika pelajaran perdagangan diajar oleh guru dahulu?

8 Comments:

Blogger VersedAnggerik said...

Hi,

besides Faisal Tehrani and Nisah Haron, I don't really fancy other new malay writes.

Maybe, its bcoz I've not come across any that really impress me in terms of substance.

But I do agree with U that we should support our Malay writers.

So, do you have any suggestions of any new reading materials by our local writer?

Would like to sample them, before I pass jugdment.

May 15, 2008 2:38 PM  
Blogger John Norafizan said...

hello,
for non-typical malay books, I'd suggest:
1. Naratif Ogonshoto - Anwar Ridhwan
2. Labyrinth - Imaen
3. Zahrah de Tigris - Khairyn Othman
4. Awang Vampiro - Nizam Zakaria (it's a sci-fi)

and obviously u should try my latest offering Garis-Garis Deja Vu :) :) it's a metaphysical and spiritual type of theme, which differs from the usual malay books.

You could also try Tunjukkan Aku Satu Bintang which deals about religions mainly Islam and Christianity.

and off course Faisal and Nisah, good authors with good books.

I think nowadays, malay authors need encouragement from readers (support them by buying their works), otherwise authors will only tend to write cheesy stories which they know would sell.

:) I hope you'd find them to your expectation

May 15, 2008 3:09 PM  
OpenID Firdaus Ariff said...

Bertenang Tuan John, memang ini cabaran yang dihadapi novelis Bahasa Melayu di Malaysia. Ya, sterotaip itu memang banyak menghakis kepercayaan terhadap novel-novel Bahasa Melayu yang sebenarnya mantap isinya.

Sekarang saya sudah lihat bagaimana remaja awal lelaki begitu gembira membaca novel sains fantasi "Sayap Adinila". Walaupun baru 2-3 orang, itu sudah cukup untuk mendorong semangat.

Usah gusar, kelompok pembaca novel Melayu akan mula memecahkan sterotaip pembaca wanita muda. Mereka tunggu novel-novel berkualiti daripada kita!

Firdaus Ariff @ Studio Inspirasi.

May 15, 2008 6:38 PM  
Anonymous sal said...

Adakah novel santai tidak ada 'substance'?

citarasa pembaca banyak jenis, ada yang suka novel berat dan ada juga yang suka dengan novel santai

May 16, 2008 2:11 PM  
Anonymous mazyusoff said...

Bagi sy yang santai or tidak, harus ada something yg berkesan supaya pembacaan itu tidak seperti membuang masa. Yang memilih santai mungkin kerana fikiran sudah sarat dan tidak mahu menyaratkan lagi fikiran. Bagi yang ingin memberi senaman utk minda tentunya memilih bacaan yg lebih berat dengan bahasa yg sedikit sarat.

Tapi, bagi yang merasakan novel melayu hanya stereotaip mungkin mereka terpilih novel yg sebegitu tiap kali...

May 19, 2008 10:12 PM  
Blogger VersedAnggerik said...

Thanx for the suggesstions.

Will try to get a hold on them.

Been intending to explore local writers, but just never had the ineterest yet. Maybe, this will fuel me on, eh?

May 20, 2008 1:53 PM  
Blogger John Norafizan said...

Firdaus,
Insya Allah yang penting, penulis-penulis yang mesti memegang tanggungjawab menghasilkan novel yang baik dan berkualiti :)

Sal dan mazyusoff,
Saya memang betul-betul bersetuju dengan kenyataan maz, ada juga novel santai yang baik dan berkualiti, yang pentingnya, mesej yang hendak di bawakan, adakah dapat memberikan sesuatu yang berguna atau tidak... personally, saya suka sangat kat novel Relevankah Aku Dihatimu karya Rnysa :) :)

Versedeanggerik,
Yeap! It's time to find the treasure in malay novels! There are so many good novels out there waiting for people to buy! Do waste time, go and buy now!!! :) :)

May 21, 2008 7:48 AM  
Blogger fadz said...

semalam saya baru bertemu dengan seorang wartawan dan beliau mengaku, tidak mahu membaca novel Melayu kerana tidak 'moral challenging' seperti novel Inggeris. Kemudian, saya memberi judul novle saudara untuk beliau 'rujuk semula'.

July 2, 2008 8:38 AM  

Post a Comment

<< Home