tazkirah 1

Aku tidak mahu melihat pada contoh-contoh di luar negara. Cukuplah dengan segala manifestasi kejahatan itu di negara yang kita cintai ini. Seolah-olahnya manusia sudah jadi tidak bertamadun dan kembali ke zaman primitif. Yang kuat menekan yang lemah. Yang lemah menipu untuk jadi kuat. Yang kuat dan yang lemah sama-sama bagai sudah melupakan Tuhan. Lupa dengan janji mereka pada Tuhan. Lupa dengan kata-kata peringatan Tuhan.
Mungkin inilah bayaran pada segala kemajuan dan modenisasi. Pada segala teknologi yang kita kecapi.
Kadang-kadang aku terfikir. Adakah manusia itu sudah tiada lagi akal untuk berfikir sebagai seorang manusia? Atau tahap pemikiran manusia pada zaman moden ini lebih rendah dari kewarasan seekor binatang?
Tuhan,
Pada hari aku bertemu dengan-Mu,
Aku tidak punya apa-apa untuk dibawa kecuali rayuan di bibir,
Dan belas Ehsan-Mu di hati,
Segala-galanya akan berkumpul dengan pengharapan di hadapan-Mu,
Terkutuklah aku jika aku ditinggalkan tanpa apa-apa...
Jika hanya yang terpilih meminta belas di pintu-Mu,
Ke mana pendosa-pendosa mahu pergi, mencari harap?
Tuhan,
Bila aku datang kepada-Mu dengan seribu malu di Hari sendu,
Adakah Engkau akan menyelamatkan aku dari kebinasaan itu?


0 Comments:
Post a Comment
<< Home