Odisi: Doa

Tuhan,
Pada hari aku bertemu dengan-Mu,
Aku tidak punya apa-apa untuk dibawa kecuali rayuan di bibir,
Dan belas Ehsan-Mu di hati,
Segala-galanya akan berkumpul dengan pengharapan di hadapan-Mu,
Terkutuklah aku jika aku ditinggalkan tanpa apa-apa...
Jika hanya yang terpilih meminta belas di pintu-Mu,
Ke mana pendosa-pendosa mahu pergi, mencari harap?
Tuhan,
Bila aku datang kepada-Mu dengan seribu malu di Hari sendu,
Adakah Engkau akan menyelamatkan aku dari kebinasaan itu?
Labels: promosi


1 Comments:
Baru doa pendek, sudah yakin akan jatuh cinta dengan odisi ni.
Bila la nak keluar ni....
Post a Comment
<< Home