Tuesday, March 10, 2009

Odisi Bulan Biru sudah berada di pasaran (secara online dahulu!!)



ANDA SUDAH BOLEH MENDAPATKANNYA MELALUI JUALAN ONLINE - PENGHANTARAN PERCUMA MULAI SEPULUH MAC.. KLIK DISINI

Ini adalah kisah meta-fiksyen. Ceritera takdir sebelum bertemu Qistina yang manis. Qistina dengan seribu misteri. Sebelum mimpi jadi igauan berduri lalu keluar daripada tidur dan memburu dalam jaga yang ngeri.

Bagaimana?
Bagaimana engkau dapat mengembalikan semula kehidupan lalu yang telah musnah? Bagaimana engkau dapat meneruskan kehidupan yang baharu? Bila mana dalam hati engkau tahu bahawa tidak ada lagi jalan untuk berpatah balik. Kerana di situ ada luka yang tidak dapat disembuhkan. Kepiluan yang tidak dapat diubati lagi.

Atau adakah nama Tuhan yang keseratus dapat mengubah segala-galanya?

P/S: Naskhah di kedai-kedai buku mungkin mengambil masa sedikit

0 Comments:

Post a Comment

<< Home