Odisi Bulan biru: ulasan buku
setelah usai membaca novel itu, fikiranku terus dibawa pada pertemuanku dengan penulis novel itu, john norafizan kira-kira setahun yang lepas. itulah pertama kali aku bertemu dengannya, dan pantas aku merasa begitu selesa dengan keramahannya. seperti kami sudah tidak bertemu sekian lama, pertemuan ulung kalinya mengheret perbualan kami hampir ke 2 jam dan aku jadi kagum terhadap beliau kerana menyedari john norafizan adalah seorang penulis yang sarat dengan kreativiti dan mahukan pembaruan dan kelainan dalam setiap karya terbarunya. imaginasinya untuk apa yang ditulisnya cukup tinggi dan menyakinkan seolah-olah kisah yang diceritakan bermain di depan matanya. dan ketika ku tanya tentang karya yang sedang diusahakan ketika itu, dia tidak mahu mendedahkan apa yang ditulisnya. cuma ada 2 clue yang diberikannya ketika itu : novel itu berlatarbelakangkan negara jepun dan tentang pencarian si pembawa watak utama untuk mengetahui nama tuhan yang ke 100!
kini, novel tersebut sudah ada di pasaran. dan kali ini, aku seakan-akan tidak mahu terburu-buru mendapatkan dan membaca karya terbarunya. kerana aku dapat merasakan dari perbualan kami melalui internet, ini adalah karya unggulnya, yang dihasilkan dengan penuh ketelitian. dan aku sendiri pernah mengatakan, aku mahu menghayati tulisan beliau secara sungguh-sungguh kali ini kerana aku tahu pasti ada kelainan yang mungkin lari dari kebiasaannya.
secara umumnya, john masih lagi mengekalkan rentak yang sama, iaitu membawa kita ke merata-rata ceruk dunia. kali ini, kita dipersembahkan dengan negara jepun dan turki sebagai latar belakang novelnya ini dan john membawa kita hanyut dalam pencarian pencarian dan kekusutan fikiran pembawa watak utama, akira . sepanjang pengembaraan novel ini, kita diajukan dengan pelbagai pilihan jawapan dari persoalan dan pertanyaan itu. dan membawa kita menemui dengan beberapa watak-watak lain yang mempunyai keperibadian mereka tersendiri. awalnya, kita diperkenalkan dengan akira, seorang lelaki muda jepun yang seakan tersedar dari mimpi bila tragedi demi tragedi menimpa keluarganya. dan dalam kebuntuan fikirannya itu, dia mencari jalan keluar mudah dengan cuba mengakhiri nyawanya sendiri. namun dengan kebesaran allah, dia gagal untuk membunuh diri, pantas dipertemukan dengan beberapa insan yang dipertemukan bagi menyemai keyakinan dirinya dan menyedarkan dia bahawa hidup itu bukanlah sesuatu yang harus disia-siakan. beberapa ketika kita diajak kembali ke beberapa peristiwa ( atau igauan bagi akira sendiri ) yang berlaku di dalam keluarganya di mana kita akan mengetahui mengapa dan bagaimana akira menjadi manusia yang sebegitu lemah jiwanya dan dangkalnya fikirannya.
seperti kata john norafizan, akira bukanlah seorang hero pada awalnya. sememangnya dia memperkenalkan personaliti akira sebegitu di bab-bab awal novel ini. dan dari sebabak ke sebabak, dari perenggan ke perenggan, akira akan dipertemukan dan dihadapkan dengan rentetan peristiwa demi peristiwa yang akhirnya mengubah dirinya menjadi lebih bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang harus dipilihnya. maka, sepanjang membawa bab-bab awal novel ini, kita 'dipersembahkan' dengan pelbagai persoalan dan pilihan yang harus kita putuskan. kerana 'kesungguhan' yang aku janjikan pada john norafizan sendiri, aku seakan-akan terikut-ikut dengan rentak penulisan barunya ini. aku lebih banyak berfikir dari membaca. kerana 'odisi bulan biru' ini bukan seperti kebiasaan novel yang biasanya menghanyutkan kita untuk menghayati dari sebabak ke sebabak urutan cerita. di peringkat awal, lebih banyak adegan-adegan 'flashback' yang sebenarnya begitu penting dalam jalur penceritaan seterusnya dalam novel ini.
sepanjang pencarian akira mencari dirinya sendiri, kita akan dibawa bertemu dengan beberapa karaktor-karaktor penting yang lain. yamata, lelaki misteri yang menyelamatkan akira ketika percubaannya untuk bunuh diri gagal dan berjaya menyedarkan dia tentang erti kehidupan. ayumi, kafka dan nakamura pula ditemui akira dalam pencarian mengesan ayahnya dan akhirnya mengheret akira sekali ke dalam pencarian mereka untuk mendapatkan kitab yang mampu merungkaikan misteri nama allah yang ke 100. dan tidak ketinggalan juga, pertemuan akira dengan emre, yagmur, tayyab di bumi turki. dan akhirnya, di penhujung novel ini, kemunculan seorang gadis melayu bernama qistina yang ditemui akira memberi dimensi baru dalam persoalan-persoalan yang sedia ada, walaupun semenjak dari ayat pertama lagi, kita sudah diperkenalkan dengan qistina!
"jika tidak kerana qistina, aku tidak tahu apakah maksud kehidupan ini"
secara ringkasnya, pengembaraan 'odisi bulan biru' ini merupakan kisah-kisah tentang pencarian-pencarian yang lebih terdorong kepada soul searching bagi watak-watak yang ada dalam novel terbaru john norafizan ini. bagaimana kita mengenali diri kita sendiri, bagaimana penyesalan mengubah pendirian kita, kuatnya kepercayaan kita kepada allah yang satu yang mampu membawa kita ke jalan yang diredhaiNya. mengenali watak akira pasti membuat kita tertanya-tanya adakah akira itu adalah diri kita sendiri?
bagi pengikut-pengikut setia john norafizan, pasti pada awalnya akan merasakan kelainan dalam penulisan beliau kali ini. tetapi aku merasakan kelainan ini adalah kelainan yang lebih mendorong ke arah positif. john norafizan membawa kita lebih dalam untuk mengenali siapa sebenarnya akira. namun, john norafizan tidak lari dari penceritaan beliau dalam novel-novel sebelum ini yang membawa kita jauh dari bumi melayu ini. sememangnya novel ini ada kekuatan dalaman yang menguatkan penceritaan yang ingin disampaikan.
tetapi bagi yang baru mahu mengenali penulisan john norafizan, pasti kamu akan merasakan kelainan yang amat sangat. nasihatku mudah sahaja, kamu teruslah membaca novel ini hingga ke penghujungnya. novel yang bagus sememangnya akan memberi penamat yang bagus,yang akhirnya memberi kepuasan diri kepada sesiapa yang mahu belajar sesuatu darinya. namun hayati setiap persoalan yang bakal kita temuikan di dalam novel itu. samada akan dijawab sendiri oleh john norafizan, atau kita harus mencari jawapan pada persoalan itu sendiri.
tahniah untuk john norafizan dengan karya terbarunya ini. setelah aku mengulang baca untuk kali kedua, aku mula memahami apa yang telah disarankan john ketika kami berdiskusi tentang novel baru ini. aku akui, bukan mudah untuk menghasilkan sebuah novel sebegitu kerana bagi penulis sepertinya, kepuasan menulis itu yang mampu menghasilkan karya terbaik bagi sekelian pembaca di luar sana.
http://ruang-waktu.blogspot.com/2009/04/odisi-bulan-biru.html