Thursday, May 21, 2009

Pelakon curi buku, bukti rakyat Malaysia memang suka membaca!



TETAPI CUMA SATU PERKARA KITA TERLUPA:

Dia mencuri buku bahasa Inggeris, dan bukan buku BAHASA MELAYU!!!!!

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu ... Farid dituduh mencuri buku bertajuk Decoding The Heaven dan The Sistine ....... selebihnya di sini

P/S: Tentang hukum halal haramnya, aku tidak mahu mengulas di sini kerana kita semua sudah sedia tahu dan maklum bahawa matlamat tidak pernah menghalalkan caranya!!!

Tuesday, May 12, 2009

selamat tinggal

buat masa ini, aku sudah berhenti daripada menulis novel. sudah bersara. aku tidak tahu sama ada ini persaraan selama-lamanya atau cuma untuk sementara.

mungkin suatu masa nanti, ada ilham yang akan datang lalu menyuruh aku menulis kembali.

tetapi sehingga hari itu sampai, aku tidak punya apa-apa lagi untuk dikongsi dengan kalian. mungkin hanya bicara seputar di dalam blog, itu sahaja yang mampu aku nukilkan, tetapi tidak lebih daripada itu.

selamat tinggal dunia penulisan.