SINOPSIS:

Pengembaraan cinta metafizik...

Kata Rumi, jika engkau dapat bersama dengan orang yang kau cintai, bersatu di dalam satu nafas, maka di dalam satu saat itu, engkau akan menemui takdir yang sebenar. Rumi berpesan supaya jangan sesekali melepaskannya.
Jangan rosakkan bahagia yang hakiki. Kerana ia hanya akan datang sekali dan tidak mungkin kembali buat kali yang kedua...

Tetapi kasih Ashraf masih lagi terperangkap di dalam sendu.
Cinta Suraya telah tersesat jauh di dalam kekaburan masa lalu.
Rindu Nini sudah menjangkau mentari sayu.
Dan mimpi Damien menghilang lesu.

Namun mereka masih jua mencari harapan yang tidak kesampaian itu. Bahagia yang hilang. Mencari makna diri di dalam penjara masa yang mengecewakan. Hanya ketabahan menjadi azimat untuk melangkah terus di dalam dunia yang kejam. Untuk terus bernafas dalam satu lagi hari baru demi sebuah pencarian yang tidak pasti ini.

Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yang tersimpul mati. Pengembaraan penuh misteri. Pertemuan aneh. Pelarian tanpa pengakhiran. Semata-mata mencari takdir mereka yang sebenar.

Takdir seorang pencinta.
Bahagia yang abadi...

PROMO DIALOG DAN PERENGGAN

Adakah seseorang itu boleh menyayangi orang lain setulus hatinya hari ini tetapi kemudian membenci orang itu keesokan harinya?

Damien mengeluh lemah. Mungkin dia terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan. Baba masih lagi seperti baba yang lama. Seorang ayah yang penyayang. Baba yang selalu memanjakan umi dan Damien. Lagipun, kalau baba tidak sayang pada Damien, tidak mungkin dia membelikan keperluan Damien sepanjang ketiadaan umi. Dan seperti makan malam tadi, walaupun Damien makan berseorangan, baba masih lagi ingat untuk membelikan makan malam buatnya.

Adakah tanda kasih sayang itu hanya dengan menyediakan keperluan seharian tetapi menjauhkan diri daripada orang yang disayanginya?

Mungkin baba terlalu memikirkan tentang umi sehingga dia terlupa bahawa ada lagi satu nyawa yang masih mengharapkan kasih sayangnya. Anaknya sendiri. Damien mengangguk perlahan-lahan. Baba masih menyayanginya.
Tetapi kenapa daripada beratus-ratus orang, tidak, beribu-ribu orang malah berjuta-juta orang di muka bumi ini, keluarganya yang ditimpa bencana? Kenapa takdir menyentap kehidupan ibunya sehingga wanita baik itu terlantar koma di hospital? Tidak ada lagikah penjahat yang boleh ditukar ganti di tempat umi? Lagipun tidak ada sesiapa yang menyukai dan menyayangi seorang penjahat tetapi umi ada Damien dan baba yang menyayanginya sepenuh hati.

Entah kenapa tiba-tiba dia jadi takut. Dia memandang sekelilingnya. Kosong, sunyi dan sepi. Jantung Damien berdegup kencang.

Bukan. Dia bukan takut dengan hantu. Tetapi dia takut dengan masa hadapannya. Adakah baba akan menghalaunya keluar dari rumah ini seandainya umi meninggal dunia nanti? Di mana dia mahu tinggal? Dia tidak ada sesiapa kecuali umi dan baba.
Damien selalu melihat di kaca televisyen tentang manusia yang hidup di tepi jalan. Pengemis yang tidak punya tempat tinggal. Ada yang masih kecil dan ada juga yang sudah terlalu tua. Dan dia dapat melihat dirinya seperti itu. Berjalan di lorong-lorong kecil sambil meminta sedekah selepas umi meninggal dunia. Selepas umi terbang dengan lingkaran cahaya putih seperti dalam mimpi tadi dan terus menghilang pergi, baba tidak akan menyayanginya lagi sampai bila-bila!

terbitan Jemari Seni
tebal: 6++ ms
harga: RM 22
belian online: RM19
ULASAN/REVIEW:
(April Snow)
4.5 Bintang...........

baru selesai mentelaah karya terbaru JN ni.........perrghhh

buat John, karya anda kali nie mmg istimewa sekali...bagi haku yg sudah membaca kesemua karya terdahulunya, GGDJV memperlihatkan kematangan John berkarya...dan haku kira antara kesemua karya beliau, naskhah ni boleh diangkat sebagai karya terbaik JN...congrats sekali

GGDJV merungkai pencarian Cinta...Cinta sesama insan, Cinta pada Pencipta yg Esa...Pencarian yg merentas benua disulami halangan & dugaan serta cabaran...dan nyawa jadi taruhannya!!!

GGDJV memfokus pada 4 teraju utama pengembara cinta. Ashraf, Damien, Suraya & Nini...4 jiwa yg bertempiaran menuju destinasi kembara cinta....namun kisah mereka bersatu di akhir garisan...ada suka, ada duka.

SPOILER DI HADAPAN!!!!!!!!!!!

Ashraf, suami Nini "lari" meninggalkan Nini terkapai2 di Msia dlm mencari cinta sejatinya yg 10 tahun ditinggalkan di bumi Jordan..Ashraf, si Qaisy yg mencari sang Lailanya...Laila, bekas isteri Ashraf yg diceraikan tanpa rela tapi penuh keterpaksaan..dan kerna keterpaksaan itu, jiwa Ashraf merana....Pengembaraan Ashraf nan penuh liku menemukan dia dgn Damien juga Suraya....

Damien, sekecil terpilih nan sungguh istimewa...dlm usia semuda 10 tahun dia diduga dgn permasalahan yg maha berat...dia terpaksa mengembara dlm mencari noktah terhadap persoalan yg merantai hidupnya...ditinggal pergi tanpa pamit oleh insan yg disanjung bergelar baba dikala dirinya sudah goyah dgn dugaan maha berat yg Esa terhadap umi tercinta...dalam kebingungan merungkai permasalahan dirinya, dia didatangi pula "utusan" yg kurang dimengertikan kewujudannya... tanpa sedar maksud yg tersirat , dia diberi tanggungjawab oleh sang utusan..melaksanakan suatu misi...misi yg akhirnya menemukan dia dengan Suraya...Dr Suraya!

Suraya..gadis malang yg terjebak dgn perangkap cinta si penipu Timmy a.k.a  Father Thomas Rodriguez( watak yg dicipta dlm 2 karya awal JN)...yg akhirnya tega menggadai agama dan dirinya sendiri..namun pengorbanannya sia-sia, dia ditinggalkan umpama debu ...lebih tragis dia hilangan pegangan hidup, menjadi insan bergelar ateis..dlm kesedihan, kekeliruan mencari arah hidup Suraya dipertontonkan dgn keajaiban kekuasaan Tuhan, walau rasa ego enggan menerima apa yg terlihat didepan mata, dia sukar menangkis nur kebenarannya...keajaiban demi keajaiban yg membawa makna penuh tersirat yg akhirnya menemukan Suraya dengan Damien, insan yg merungkai jalan antara Suraya dan destinasi hidupnya....insan yg memulakan kembara Suraya utk menemui kembali dirinya asal yg telah hilang 7 tahun lalu..

Nini, isteri Ashraf  yg nekad menjejaki Ashraf ke Jordan demi mendptkan sebuah keampunan, kemaafan atas keterlanjuran diri yg goyah iman...perlakuan yg mencemarkan status isteri yg disandangnya....kerna dosa yg terpalit, pengembaranya penuh liku, penuh air mata, disulami sengsara yg maha hebat, namun gagal menemukan Nini dgn pencariannya....kembara yg akhirnya menoktahkan nyawa Nini berakhir di bumi  Jordan..berakhir dgn penuh tragis.

Kembara Ashraf berakhir di Manchester..di sana dia menemui Lailanya..menemui Damiennya, insan istimewa miliknya dan Laila..

Pencarian Damien akhirnya menemukan dia dgn babanya sebenar...Ashraf, baba yg sgt2 didambakan sememangnya sudah tersurat miliknya...

Langkah sumbang Suraya ternoktah akhirnya. Dia menemui nurnya semula....menemui cinta barunya.

Sedikit kecewa, nasib Nini tidak semanis Ashraf, Damien juga Suraya ....namun haku kena akur, takdir setiap watak ciptaan penulis ternoktah di penanya....mungkin ade pengajaran yg tersirat  disebalik yg disuratkan oleh sang pencerita...

Bersambung ke muka dua

KE LAMAN UTAMA
KE BLOG RASMI
KE LAMAN UTAMA
KE BLOG RASMI